Honda Malaysia terima 7,300 unit tempahan WR-V, varian RS dan warna kelabu laku keras

418

Honda Malaysia menerima hampir 7,300 unit tempahan WR-V sehingga 6 September. Pengedar kenderaan Honda di Malaysia itu juga telah menghantar sekitar 3,300 unit WR-V kepada pelanggan selepas dua bulan pelancaran.

Ia juga menunjukkan peningkatan sebanyak 1,100 unit berbanding penghantaran pada bulan lalu iaitu 2,200 unit.



Berdasarkan tren tempahan pelanggan, warna badan Meteoroid Grey Metallic paling laku keras dengan sumbangan 25 peratus diikuti Ignite Red Metallic (24 peratus) dan Stellar Diamond Pearl (22 peratus).

Selain itu, sehingga September varian RS paling popular dalam kalangan pelanggan dengan 62 peratus pendaftaran. 

Kemudian diikuti varian V (19 peratus) dan E (13 peratus) manakala versi terendah S hanya menyumbang sebanyak 6 peratus pendaftaran. 

Honda Malaysia menyatakan tempoh menunggu bagi SUV segmen-B itu sekitar dua bulan bergantung kepada pilihan varian dan warna vadan. Bagi pelanggan yang memilih warna Stellar Diamond Pearl perlu menunggu lebih lama.  

Honda WR-V pasaran tempatan didatangkan dengan empat varian pada harga mula RM89,900. 

Ia menggunakan enjin 1.5 liter DOHC i-VTEC yang menghasilkan kuasa 121PS@ 6,600rpm dan tork 145Nm @ 4,300rpm bersama transmisi CVT.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here