Suspek langgar anggota JPJ direman hari ini

299

Pemuda yang merempuh anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di KM28, Lebuhraya Seremban Port Dickson (SPDH) direman hari ini di Mahkamah Port Dickson.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya telah menahan lelaki berusia 25 tahun itu untuk siasatan lanjut.

“Hasil pemeriksaan didapati penunggang motosikal itu tiada lesen memandu, lesen kenderaan tamat tempoh dan tiada perlindungan insuran yang sah.



“Suspek yang ditangkap berumur 25 tahun mempunyai lapan rekod melibatkan dadah dan jenayah,” katanya. 

Di samping itu, suspek juga didapati tiada lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh. 

Kes disiasat dibawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah untuk menakutkan penjawat awam.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here