Ini fakta yang anda perlu tahu Toyota Yaris Facelift, harga bermula RM88,000

737

UMW Toyota Motor (UMWT) memperkenalkan Yaris yang dipertingkatkan dengan penambahbaikan dari segi penggayaan, teknologi baharu dan suasana dalaman yang segar.

Toyota Yaris sebelum ini sudah dijual lebih 60,300 unit sejak dilancarkan pada 2019. Kini model hatchback itu ditawarkan dengan varian 1.5E dan 1.5G.

Apakah pembaharuan Toyota Yaris Facelift ini: 

  1. Kedua-dua varian mempunyai skirt depan dan belakang baharu yang sporty, serta kemasan cat dua tona pilihan dengan bumbung hitam.
  2. Lima pilihan warna ditawarkan membabitkan Red Mica Metallic dan Platinum White Pearl tersedia dalam pilihan tunggal atau dua tona. Kemasan Silver Metallic hanya tersedia warna tunggal.
  3. Beralih ke bahagian dalam, kedua-dua varian Toyota Yaris baharu kini menampilkan paparan 9 inci yang lebih besar, dengan Wireless Apple CarPlay dan Android Auto sebagai standard, serta pengecas tanpa wayar untuk peranti mudah alih yang serasi. 
  4. Tempat duduk reka bentuk fabrik yang lebih menarik, manakala port USB dikemas kini kepada format Type-C.
  5. Perakam video pemanduan hadapan (DVR) juga kini menjadi standard, dengan sambungan telefon pintar. 
  6. Penambahbaikan pada bahagian dalam ialah gugusan tolok instrumen Optitron sporty baharu dengan grafik merah dan putih.
  7. Sebagai tambahan, varian Toyota Yaris 1.5G dipertingkatkan dengan stereng kulit lembut dengan paddle shifters, tag RFID dan sensor bantuan tempat letak kereta di hadapan dan belakang.

Galeri Gambar

Selaras dengan penanda aras Toyota, kedua-dua varian didatangkan dengan pelbagai ciri keselamatan sebagai standard dengan penarafan keselamatan ASEAN NCAP 5-bintang.



Kedua-dua varian terus dikuasakan oleh enjin 2NR-FE 1.5 liter yang telah terbukti, loji kuasa DOHC 4 silinder terbukti dengan Dwi VVT-i, dipadankan dengan transmisi Sport Sequential Shiftmatic 7-kelajuan. 

Model 1.5E kini berharga RM88,000, manakala 1.5G dijual pada harga RM91,600 (atas jalan tidak termasuk insurans). Selain itu, Toyota Yaris didatangkan dengan jaminan 5 tahun.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here