BAASB: Pemilik Citroën/DS digesa henti pandu kereta selagi tidak ganti beg udara Takata

307

Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd (BAASB), syarikat penyelenggaraan rasmi jenama Citroën/DS di Malaysia menggesa pemilik tidak memandu kereta mereka sehinggalah penggantian beg udara Takata.

Masih terdapat pengguna yang tidak menggantikan beg udara dan perlu dilakukan segera. Ini kerana beg udara yang tidak diganti berkemungkinan akan pecah dan menyebabkan kecederaan atau kematian.

Menurut BAASB, kempen berkenaan bermula sejak tahun 2020 melibatkan model Citroen C3, C4, DS3, DS4, DS5 keluaran 2009 hingga 2017. Difahamkan unit yang terjejas lebih daripada 450 unit. 



Dalam kempen panggil balik tersebut proses penggantian beg udara akan dilakukan secara percuma. 

Setakat ini, dikatakan tiada kes kematian direkodkan di Malaysia susulan isu beg udara dikatakan. 

Untuk mengetahui kenderaan terkesan, boleh klik DI SINI.

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here