Bermaz Auto Alliance buka Pusat 3S Peugeot pertama di Glenmarie, komitmen tambah baik pengalaman pemilikan

822

Bermaz Auto Alliance Sdn Bhd secara rasminya membuka Pusat 3S Peugeot pertamanya di Glenmarie, Shah Alam, Selangor.

Kemudahan Pusat 3S itu mengguna pakai identiti jenama Peugeot baharu dan menampilkan kemudahan lengkap yang membabitkan penjualan, servis dan alat ganti.



Sebagai sebahagian daripada kumpulan Bermaz Automotive, Bermaz Auto Alliance sedang memulakan penyediaan pengalaman pemilikan terbaik untuk pelanggannya dengan kemudahan baharu itu. 

Bermaz Auto Alliance komited dalam membangunkan jenama Peugeot dan menambah baik pengalaman pemilikan dengan menyediakan sokongan selepas jualan dan perlindungan berkaitan waranti kepada pelanggan.

Sokongan selepas jualan juga memenuhi keperluan jenama Citroen dan DS di bawah Kumpulan Stellantis.

Kemudahan servis terkini yang baharu direka untuk memberikan pengalaman pelanggan yang lebih baik. Kemudahan itu dilengkapi 21 ruang servis dengan juruteknik terlatih dan mahir.

Pusat servis itu dilengkapi dengan peralatan sistem diagnostik pengeluar terkini dan alat penyelenggaraan untuk memastikan kenderaan berprestasi optimum.

Pelanggan dilayan dengan ruang menunggu yang selesa dengan minuman dan ruang kerja dengan kemudahan Wi-Fi.

PUSAT 3S PEUGEOT GLENMARIE

  • Alamat: Lot.15, Jalan Pelukis U1/46, Temasya Industrial Park U1, 40150, Shah Alam, Selangor

Waktu operasi:

  • 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari bekerja
  • 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari Sabtu

Untuk menempah temu janji, pelanggan boleh menghubungi Pusat Servis di talian 03-5021 2300 (samb. 2402/2403).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here