Budak STAR 2001 kumpul RM80K restorasi Toyota Coaster sebagai hadiah sekolah lama

1565

Tradisinya, 20 tahun selepas tamat Tingkatan 5 di Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Ipoh, Perak, bekas pelajar STAR akan menganjurkan STAR Old Boys Weekend (STAR OBW).

Pada tahun 2021 tiba pula giliran Batch 2001 untuk menganjurkan STAR OBW 2021 di sekolah mereka yang tercinta dengan bertemakan ā€œTunjukkan Kebaktianmuā€, pelbagai program dirancang awal bagi menjayakan STAR OBW 2021.

Namun panas tidak sampai ke petang, pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) yang berterusan (dan tidak tahu penghujungnya pada waktu itu), ianya merubah strategi Batch 2001 untuk melaksanakan program STAR OBW 2021 dengan lebih unik dan bermakna.Ā 



Projek untuk menghidupkan kembali Toyota Coaster 1980 (Coaster) (bas sekolah) yang rosak sekitar 2018, menjadi projek utama Batch 2001 dalam mengembalikan kenangan zaman persekolahan mereka.

Sekitar Oktober 2019, Coaster yang berusia lebih 40 tahun itu ditunda dari STAR, Ipoh, Perak ke bengkel di Subang, Selangor untuk kerja-kerja baik pulih.

Proses baik pulih itu akhirnya siap pada Januari 2022 dengan kos yang melepasi RM80,000 dan mungkin ada yang bertanya, ā€œlamanya?ā€, semestinya ya bagi mendapatkan sesuatu yang baik ianya perlukan masa dan faktor PKP turut memainkan peranan.

Dengan penyiapan baik pulih Coaster ini, road tour dari bengkel di Subang, Selangor ke Ipoh, Perak dirancang dengan laluan yang melalui jalan lama yang mana jarak perjalanannya dianggarkan sekitar 310km dan mengambil masa selama 12 jam.

Seawal jam 7 pagi, sebahagian dari Batch 2001 yang mengikuti road tour telah berkumpul di One TransAviation Painting Sdn Bhd di Subang dan menikmati makan pagi ringkas sementara menanti rakan mereka yang lain untuk tiba.

Diteruskan dengan taklimat ringkas, bacaan doa dan flag-off untuk STAR OBW 2021. Coaster Road Tour ini turut diiringi oleh lapan unit kenderaan lain dari Batch 2001 yang turut dilengkapi pelekat kenderaan STAR OBW 2021 dan turut disediakan walkie-talkie setiap satunya bagi memudahkan komunikasi.

Semestinya, Coaster ini dipandu sendiri oleh Pak Abu yang dijemput khas oleh Batch 2001 sebagai tanda penghormatan dan mengindahkan lagi tour yang dirancang serta menjadikan ia suatu imbauan kenangan yang tiada dijual beli.

Pak Abu sememangnya sangat teruja dengan ruang dan peluang yang ada, dia adalahĀ  bekas pemandu di STAR dahulu yang Sudah bersara pada 2020.

Coaster, Pak Abu dan Batch 2001 sangat dekat dan tidak dapat dipisahkan. Terima kasih kepadanya kerana melayankan segala kerenah Batch 2001 sepanjang perjalanan dari Subangh ke Ipoh dan maaf juga andai ada salah dan silap dari Batch 2001.

Destinasi-destinasi yang dipilih adalah destinasi yang dikirakan menarik dan unik di Negeri Perak untuk diserlahkan lagi dengan ketibaan Coaster serta gambar kenangan bersama.

Dimulakan dengan hentian pertama di Sarang Art Hub, Tanjung Malim dan kemudiannya diteruskan ā€œtake 5ā€ di Marhaen Creamade, Behrang untuk Batch 2001 nikmati aiskrim ala hipster yang ada.

Menjengah jam 1 petang, Coaster dan Batch 2001 singgah di Nasi Bamboo Sg. Klah, Sungkai untuk nikmati makan tengah hari. Sejam berehat dan makan, perjalanan Coaster diteruskan ke Menara Condong, Teluk Intan, Tanjung Tualang Tin Dredge No. 5 (TTD05) dan Kellie’s Castle di Batu Gajah.

Coaster itu turut diuji oleh Batch 2001 melalui laluan off-road untuk ke Sungai Jahang di Gopeng bagi menyegarkan badan dan nikmati makan petang seperti mee kari dan cucur udang yang ditempah khas.

Akhirnya, Coaster dan ā€œrombonganā€ tiba di Ok Homestay, Bercham dan melengkapkan road tour yang istimewa dan amat bermakna buat Batch 2001.

Ianya tidak berakhir di situ, ketibaan di homestay sekitar jam 8 malam, disambut barbeque team yang turut hebat beraksi menyediakan tempat tidur yang selesa dan turut menyediakan makanan enak seperti sate, ayam, kambing dan banyak lagi makanan lain yang tiada penghujungnya.

Keesokkannya, Coaster istimewa ini (turut dipandu oleh Pak Abu) diserahkan kepada pihak sekolah di STAR, Ipoh.

Tidak dinafikan, projek baik pulih Toyota Coaster 1980 ini suatu projek yang ada ā€œnilai tinggiā€ dan proses menghadiahkannya kepada sekolah tercinta dengan road tour yang dirancang adalah ā€œsebuah kisah klasik untuk masa hadapanā€ bagi Batch 2001.

Artikel ini ditulis: Fazrul Ikhwan (Bekas Pelajar STAR 2001)

GALERI RESTORASI

GALERI SELEPAS RESTORASI

GALERI COASTER ROAD TOURĀ 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here