[Video] Tular pemandu kereta ulang kali rempuh belakang bas

393

Satu video tular menunjukkan sebuah kereta berulang kali merempuh belakang sebuah bas di Jalan Choa Chu Kang, Singapura.

Kejadian yang berlaku pada 9 Oktober itu menunjukkan kereta berkenaan merempuh bas  bernombor 975 beberapa kali di lorong paling kanan berhampiran persimpangan trafik.



Selepas insiden itu, pemandu kereta beralih ke dua lorong paling kiri sehingga hampir melanggar seorang penunggang motosikal.

Tindakan merbahaya itu tidak berakhir apabila pemandu kereta berwarna gelap berkenaan berhenti di petak kuning lalu membuka pintu dan menghalang lalun kenderaan belakang.

Akibatnya, pemandu lain terpaksa mengelak kereta tersebut. Bagaimanapun, kereta itu mula bergerak melepasi persimpangan selepas bas tersebut membelok ke kanan di persimpangan T.

Timbalan Pengarah Urusan SMRT, Vincent Gay berkata bas itu menunggu untuk membelok di persimpangan Jalan Choa Chu Kang dan Teck Whye Avenue apabila sebuah kereta merempuh bahagian belakang bas beberapa kali.

“Bagi tidak menghalang lalu lintas, kapten bas terus membelok ke Teck Whye Avenue dan berhenti di perhentian bas untuk menilai kerosakan, dan memaklumkan pusat kawalan operasi bas mengenai kejadian itu.

“Tiada kecederaan dilaporkan dan kapten bas diarah meneruskan perkhidmatan. Kami telah membuat laporan polis dan sedang membantu siasatan,” jelasnya. 

Polis mengesahkan bahawa laporan telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here