Tiada keperluan laksana dasar tamat hayat kenderaan lama

323

Malaysia tidak melaksanakan dasar menamatkan hayat kenderaan lama kerana langkah itu tidak praktikal.

Namun sentiasa menggalakkan rakyat untuk memilki kenderaan elektrik (EV) atau menggunakan pengangkutan awam.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, dasar itu tidak boleh dilaksanakan kerana mengambilkira keadaan sosioekonomi negara dan keperluan hidup rakyat terhadap pergantungan kepada kenderaan persendirian.



Anthony Loke Siew Fook

“Kita tidak mempunyai dasar untuk menamatkan hayat kenderaan seperti beberapa negara (lain). Kalau buat satu dasar untuk skrap (menghapuskan) kereta lama, ia akan beri kesusahan kepada rakyat.

“Data penjualan kereta juga meningkat, sekaligus menunjukkan keadaan ekonomi yang baik. Itu indikator bahawa kita masih bergantung kepada penggunaan kenderaan persendirian, belum ada dasar menghalang pemilikan kenderaan (lama),” katanya.

Bagi mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) ke arah negara bebas pelepasan karbon menjelang 2030, Loke berkata kerajaan akan terus membangunkan dan melabur dalam sistem pengangkutan awam untuk menjadikan perkhidmatan itu lebih baik.

Anthony berkata, 15 juta daripada 30 juta kenderaan di Malaysia ialah motosikal yang menyumbang kepada pelepasan karbon yang besar.

Justeru sebagai permulaan, kerajaan akan memberikan rebat hingga RM2,400 untuk pembelian motosikal elektrik seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 baru-baru ini. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here