Lokomotif diesel ECRL tiba di Kuantan, ini faktas pantas tentang DF8B dari China itu…

314
Lokomotif diesel DF8B pertama dari China tiba melalui Pelabuhan Kuantan. Ia bakal digunakan bagi membantu aktiviti pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
 
Ia bukanlah kereta api penumpang ECRL. Lokomotif ini digunakan untuk kerja kejuruteraan dan pembinaan. Misalnya untuk mengangkut pekerja dan bahan binaan.
 
 

Menurut ECRL, kepala kereta api itu kini berada di depot Bandar Pelabuhan Kuantan, Pahang.

“Berita gembira. Beberapa lokomotif diesel ECRL pertama tiba di Malaysia melalui Pelabuhan Kuantan. Ia kini di depot ECRL, Bandar Pelabuhan Kuantan.

“Lokomotif ini akan membantu aktiviti pembinaan projek tersebut,” tulisnya pada kapsyen hantaran Facebook ECRL. 



LOKOMOTIF DF8B

Lokomotif diesel DF8B berkenaan dikeluarkan di kemudahan pengeluaran CRRC Ziyang China dengan kelajuan maksimum 100kmj dan kelajuan tetap 31.2kmj. 

Berdasarkan laman web rasmi pengeluar lokomotif itu, ia menggunakan transmisi tolok standard diesel elektrik AC-DC untuk tujuan pengangkutan talian utama. 

 
Lokomotif itu dilengkapi dengan dua kabin dan struktur koridor dalaman. Kemudian enjin diesel 16V280ZJA menghasilkan kuasa maksimum 3,680kW.
 
 
DF8B boleh memenuhi keperluan untuk tujuan pengangkutan berkelajuan tinggi dan pengangkutan berat di talian utama. Beban gandarnya boleh ditukar untuk memenuhi keperluan pada talian yang berbeza.
 
Lokomotif dengan panjang 2,200mm itu dilengkapi tangki minyak bersaiz 9,000 liter. Kemudian ciri peralatan moden lain yang ditawarkan antaranya sistem kawalan mikrokomputer, skrin besar berwarna, unit brek dinamik untuk ujian muatan pada kuasa penuh, teknologi kawalan elektrik dan lain-lain.
 
 
Terowong Genting sepanjang 16.39km dalam Seksyen 7 ECRL merentasi Pahang ke Selangor, adalah terowong landasan tren terpanjang di Asia.
 
Projek ECRL yang merangkumi rangkaian rel 665km akan merentasi negeri Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang dan dijangka siap pada Disember 2026.
 
Bulan lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menyatakan projek ECRL mencapai kemajuan keseluruhan sebanyak 50.29 peratus.
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here