Dijemput ajal ketika perjalanan solat Subuh di masjid

193

Seorang lelaki yang dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat Subuh, meninggal dunia selepas motosikal ditunggang terbabas di Jalan Kampung Kelatuan, Papar, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 4.40 pagi itu, mangsa berusia 41 tahun menunggang motor Modenas cedera parah di muka dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka, berkata mangsa menunggang motosikal seorang diri dari rumahnya di Kampung Kelatuan menuju ke Masjid Kelatuan yang jarak hampir satu kilometer.



“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa tergelincir dan terbabas selepas melalui jambatan kayu.

“Mangsa melambung dan jatuh ke atas jalan raya dalam keadaan tertiarap. Akibat itu, mangsa parah di muka dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pembantu pegawai perubatan Hospital Papar,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Papar untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here