Suzuki Malaysia lancar Gixxer 250 dan SF250 (2023), harga mula RM14,500

327

Suzuki Malaysia Sdn Bhd rasmi memperkenalkan Suzuki Gixxer 250 dan Gixxer SF250 pada harga mula RM14,500.

Naked bike dan sportbike tersebut dijana oleh enjin 249cc silinder tunggal (SOHC) yang menghasilkan kuasa 26.7hp @ 9,300rpm dan tork 22.2Nm @ 7,300rpm bersama kotak gear 6-kelajuan manual. 

Dengan sistem penyejukan minyak Suzuki (SOCS) dan teknologi Suzuki Eco Performance (SEP) yang memberikan kecekapan bahan api, membolehkan Gixxer menerima pengiktirafan Kenderaan Cekap Tenaga Malaysia (EEV).



Suzuki Gixxer SF250 dipadankan berfairing penuh yang lebih garang serta bercirikan kendalian perlumbaan manakala Gixxer 250 pula menawarkan posisi tunggangan tegak dan sisi terbuka untuk pengendalian lebih santai. 

Ciri tawaran peralatan lain yang ditawarkan termasuklah kluster meter LCD penuh, muffler ekzos dua saluran dengan kemasan krom, rim aloi sepenuhnya dengan jalur grafik serta madgad penutup tayar belakang yang bergaya.

Gixxer 250 dilengkapi reka bentuk lampu depan LED separa-oval yang futuristik, manakala SF250 hadir dengan rekaan paruh-ultra yang aerodinamik.

Dengan kapasiti tangki minyak 12 liter menawarkan perbatuan 400km. Suzuki Gixxer turut ditawarkan dengan Sistem Brek Anti Kunci (ABS). 

Model pemasangan tempatan (CKD) itu ditawarkan dengan pilihan warna Metallic Met Stellar Blue dan Metallic Matte Black bagi Gixxer 250. Sementara, SF250 menerima pilihan Metallic Sonic Silver/Metallic Triton Blue (Edisi GP) dan Metallic Matte Black No.2.

Model SF250 dengan warna Metallic Matte Black No. 2 ditawarkan pada harga RM15,200 dan Edisi GP (RM15,500).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here