Pemandu lari dari isteri sudah kena cekup

162

Pemandu kereta yang melarikan diri dari isteri sehingga merempuh penunggang motosikal telah ditahan malam semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, lelaki berusia 45 tahun itu ditahan di Jalan Bidara, Selayang pada jam 7.45 malam.

Menurutnya, siasatan juga mendapati suspek dan penunggang motosikal itu tidak mempunyai hubungan.



Petang semalam, seorang lelaki ingin melarikan diri dari isterinya kerana pergaduhan menyebabkan pemandu kereta sanggup merempuh penunggang motor yang cuba menghalangnya di Taman Tun Teja, Rawang.

Pihak polis mengesan video berdurasi 18 saat tular di media sosial memaparkan Honda Civic merempuh Yamaha Ego sebelum melarikan diri. Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 3.30 petang.

Penunggang motosikal yang ada di situ cuba menghalang kereta tersebut namun dirempuh dan mengalami kecederaan di bahagian siku dan kaki.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here