Utama Berita Automotif Bekas pekerja IT bersalah sebabkan kematian Syed Danial

Bekas pekerja IT bersalah sebabkan kematian Syed Danial

1198

Seorang bekas pekerja teknologi maklumat (IT) didapati bersalah atas pertuduhan menyebabkan kematian pengurus bank, Syed Muhammad Danial Syed Syakir dalam satu insiden kemalangan jalan raya pada 2019.

Bagaimanapun, Hakim Julia Ibrahim di akhir kes pembelaan memutuskan kesalahan dilakukan Yew Wei Liang itu dijatuhkan di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan dan bukan seperti pertuduhan asal Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



Seksyen 304 (a) memperuntukkan hukuman penjara hingga 30 tahun dan dikenakan denda. Bagaimanapun, prosiding keputusan hukuman dibawah seksyen tersebut akan bersambung jam 2.30 petang. 

Terdahulu, Julia dalam penghakimannya menjelaskan, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah bawah Seksyen 304 (a) dengan mendapati kredibiliti saksi-saksi pendakwaan kekal tidak tercabar sehingga akhir kes pembelaan.

Jelasnya, beban membuktikan hak pertahanan diri dari ancaman kecederaan tubuh terletak di atas tertuduh di bawah Seksyen 105 Akta Keterangan 1950. 

“Tertuduh gagal membuktikan terdapat ancaman kecederaan tubuh terhadapnya dan isterinya daripada simati.

“Bagaimanapun, berdasarkan keseluruhan keterangan mahkamah mendapati wujud hak mempertahankan harta tertuduh dari perbuatan khianat (mischief) oleh simati iaitu merosakkan kereta Innova OKT dengan menggunakan kayu baseball.

“Namun, hak pertahanan harta ini tidak dilanjutkan (extend) sehingga menyebabkan kematian simati (Seksyen 104 KK),” katanya. 

Berdasarkan pertuduhan asal, Wei Liang didakwa membunuh Syed Muhammad Danial di KM293.6, Lebuhraya Utara Selatan antara jam 1 tengah hari hingga 2 petang, 10 Ogos 2019.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Sebelum ini, kejadian melibatkan kes tersebut tular di media sosial dikatakan berpunca daripada kemalangan kecil antara mangsa dan suspek selepas Plaza Tol Sungai Besi menghala selatan sebelum Syed Muhammad Danial disahkan meninggal dunia pada hari yang sama ketika menerima rawatan di Nilai Medical Centre.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here