Bermaz Motor perkenal Mazda CX-3 facelift, harga mula RM115k

295

Bermaz Motor rasmi memperkenalkan Mazda CX-3 facelift yang menerima penambahbaikan daripada segi ciri peralatan dan penggayaan.

Pasaran tempatan menerima tiga pilihan varian iaitu :



  • CX-3 1.5L PLUS : RM115,720
  • CX-3 2.0L PLUS : RM126,159
  • CX-3 2.0L HIGH : RM139,159

Mazda CX-3 1.5L dilengkapi enjin 1.5L VVT DOHC 4-silinder yang menghasilkan kuasa 114PS @ 6,000 rpm dan tork 149Nm @ 4,000rpm. Sementara enjin 2.0L pula menjana kuasa 154PS @ 6,000rpm dan tork 206Nm @ 2,800rpm.

Kedua-dua janakuasa itu dipadankan dengan transmisi Skyactiv Drive 6-kelajuan dengan mod manual.

LUARAN

Penampilan luaran CX-3 1.5L Plus dan 2.0L Plus kini didatangkan dengan lampu depan LED, lampu nyala siang (DRL) LED, cermin sisi boleh lipat automatik dan sensor parkir belakang. Sebagai tambahan, 2.0L High menerima reka bentuk rim aloi baharu.  

KABIN

Sementara kabin varian 1.5L Plus dan 2.0L Plus kini dilengkapi dengan pedal shifter dan sambungan Apple Carplay tanpa wayar yang boleh diakses menerusi skrin infotainmen Mazda Connect bersaiz 8-inci.

CIRI KESELAMATAN

Mazda CX-3 1.5L Plus dan 2.0L Plus kini didatangkan dengan tambahan empat beg udara menjadikan enam kesemuanya.

Manakala ciri keselamatan i-Activsense yang hanya ditawarkan pada 2.0L High kini ada pada semua varian. Ia merangkumi barisan keselamatan :

  • Kawalan lampu tinggi (HBC)
  • Pemantauan Titik Buta (BSM)
  • Amaran Trafik Belakang (RCTA)
  • Lane Departure Warning System (LDWS)
  • Sokongan Brek Bandar Pintar (SCBS)

Ciri peralatan lain pada Mazda CX-3 2.0L High kekal tidak berubah termasuklah lampu depan/belakang LED, pengecas Qi, Apple Carplay tanpa wayar, bumbung suria berkuasa elektrik dan paparan 360 darjah serta i-Activsense. 

Mazda CX-3 didatangkan dengan waranti pengilang selama 5-tahun dan penyelenggaraan percuma 5-tahun. Kedua-dua waranti pengeluar dan penyelenggaraan percuma mempunyai tempoh perlindungan selama lima tahun dan perbatuan 100,000km (yang mana tiba dahulu).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here