[Video] Pemandu Bezza ada 11 rekod kesalahan

357

Pemandu Perodua Bezza yang melarikan diri dan dikejar 28 unit peronda polis (MPV) hingga ke Cyberjaya memiliki 11 rekod kesalahan lampau.

Ketika pemeriksaan dilakukan ke atas kereta itu, polis menemui sebilah pisau, gunting, set sarung tangan, topi keledar, kad pengenalan milik individu lain dan kad debit.



Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian berlaku pada jam 1.42 pagi selepas kereta dipandu suspek melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Jalan Utara.

“Suspek kemudian memasuki Lebuhraya Persekutuan menuju ke Shah Alam, bagaimanapun ketika tiba di Jalan PJS 6/1 Sungei Way, suspek merempuh anggota unit rondaan bermotosikal (URB) yang cuba menahannya.

“Susulan itu, hebahan bantuan dibuat dan beberapa kereta peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, Serdang dan Subang Jaya mengejar suspek dengan jarak 50 kilometer (km) melalui Lebuhraya Damansara Puchong.

“Kenderaan suspek berjaya ditahan di Bulatan Taman Tasik Cyberjaya, Sepang,” katanya.

Menurutnya, suspek lelaki dan wanita tempatan ditahan dan direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 279 Kanun Keseksaan, Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 28(1) Akta Kesalahan Kecil 1955.

Kes ini juga dirujuk ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasan Trafik (BSPT) dan disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, tular video memaparkan sebuahPerodua Bezza dikejar kira-kira lebih 20 unit peronda polis (MPV) dari Petaling Jaya ke Cyberjaya.

Dalam video itu, pemandu kereta dilihat tetap meneruskan perjalanan meskipun dalam buruan pasukan polis.

Ketika proses menahan suspek, dua lelaki berjaya melompat keluar dan melarikan diri, sementara lelaki dan wanita itu berjaya ditahan.

@ptrajaayerhitam

Bezza Kejutkan Harimau Yang Sedang Tidur… #fyp #ParitRajaAyerHitam #bezza 𝗟𝗔𝗥𝗜 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗣𝗝, 𝗗𝗜𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗖𝗬𝗕𝗘𝗥𝗝𝗔𝗬𝗔 Petaling Jaya: Lelaki dan wanita ditahan polis, manakala dua lagi lelaki melarikan selepas Perodua Bezza dinaiki mereka dikejar 28 unit peronda polis (MPV) sehingga ke Cyberjaya, semalam. Sebelum itu, polis mengejar kenderaan berkenaan dari Petaling Jaya. Difahamkan, sebelum kejadian, Perodua Bezza dinaiki tiga lelaki dan seorang wanita dipandu dalam keadaan mencurigakan sebelum polis yang membuat rondaan cuba menahan mereka. Bagaimanapun, suspek memecut kenderaan itu sebelum polis mengejar mereka. Ketika proses menahan suspek, dua lelaki berjaya melompat keluar dan melarikan diri, sementara lelaki dan wanita itu berjaya ditahan. Pemeriksaan lanjut menemui peralatan pecah rumah di dalam kereta itu. Sebanyak 18 kenderaan polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Petaling Jaya dan 10 dari lain-lain daerah jiran terbabit dalam kejadian ini. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mengesahkan kejadian itu dan penahanan suspek. “Kita akan keluarkan kenyataan media berkaitan kes ini,” katanya. – Metro –

♬ original sound – قرآن / quran

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here