2 rider jadi mangsa kecuaian pemandu Perodua Ativa lupa tarik brek tangan

769

Gara-gara kecuaian seorang pemandu Perodua Ativa yang lupa menarik brek tengan, kenderaan tersebut didapati mengundur ke jalan raya utama dan menyebabkan dua orang penunggang motosikal menjadi mangsa kemalangan, lapor Kosmo! Online.

Kejadian yang tular di laman Facebook itu dipercayai berlaku di hadapan sebuah pusat servis kenderaan di Balakong, dekat sini.

Menerusi klip video berdurasi 51 saat itu, kelihatan sebuah kereta berwarna putih telah masuk ke premis tersebut dan kemudiannya dilihat mengundur dengan pintu di sebelah pemandu tidak ditutup.



Kenderaan itu mengundur dari kawasan parkir sehingga ke tengah jalan di hadapan pusat servis tersebut.

Ketika kereta itu mengundur, dua buah motosikal gagal mengelak lalu merempuh kenderaan yang dipercayai tiada pemandu itu.

Bagaimanapun, tidak diketahui keadaan kedua-dua penunggang tersebut sama ada cedera parah atau sebaliknya.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Kosmo! Online | Akaun Rasmi (@kosmo_online)

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here