HLYM perkenal Yamaha PG-1, harga cadangan RM6,998

110

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan Yamaha PG-1 (Playful Gear 1) buat pelanggan yang gemarkan gaya hidup lasak.

Didatangkan dengan imej rugged dan klasik, PG-1 dijana oleh enjin 114cc silinder tunggal SOHC penyejukkan udara berkuasa 9.0PS @ 7,000rpm dan tork 9.5Nm @ 5,500 rpm. Kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi transmisi 4-kelajuan.



Kapcai itu ditawarkan dengan dua pilihan warna badan bersama lampu depan dan belakang berbentuk bulat. 

Manakala pelana pula ditawarkan terpisah di antara penunggang dan penumpang. Tangki bahan api bersaiz 5.1 liter diletakkan di bawah pelana rider bagi memudahkan isian petrol.

Suspensi teleskopik bahagian depan dilengkapi dengan perlindungan tambahan manakala bahagian belakang menggunakan jenis swingarm.

Ia kemudian dilengkapkan dengan rim jejari bersaiz 16-inci bersama tayar 90/100 dengan corak blok bagi kestabilan tunggangan di jalan raya mahupun off road.

Seiring dengan tagline Be Free, Be You, Yamaha PG-1 didatangkan dengan pek kustom iaitu pek GIVI PG-1 Exploration berharga RM700 yang terhad kepada 500 unit dan pek  Yamaha PG-1 Expedition bernilai M1,200 (terhad 300 unit).

Berikut tawaran aksesori mengikut pakej :

Expedition Pack (RM1,200) 
Hand Guard Kit
• Hand Guard Cover Kit
• Front Carrier
• Sub Frame Kit
• Leg Shield Kit

GIVI PG-1 Exploration Pack (RM700) 
Side Bag
• Handlebar Bag
• Duffle Bag
• Bracket for Side Bag
• Rack for Duffle Bag

ARTIKEL LAIN

Cikgu Ben Zaid kongsi ride pertama Aveta Ranger Max Explorer pembukaan sesi persekolahan 2024

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here