Tesla Cybertruck hancur akibat kemalangan, namun kesemua penumpang selamat

198

Sejak penghantaran Tesla Cybertruck hujung tahun lalu, pelbagai imej dan video insiden kemalangan melibatkan trak pikap itu dikongsi di media sosial. 

Tesla Cybertruck menjadi kontroversi bukan sahaja kerana reka bentuknya tetapi juga kekurangan zon renyuk. Bagaimanapun, trak pikap elektrik Tesla terbukti selamat, melindungi penumpangnya dalam kemalangan yang tidak terkira banyaknya.



Beberapa bulan lalu melibatkan kemalangan tragis yang mana Cybertruck itu hancur akibat terbabas sebelum terbakar. Namun, pemandunya maut di lokasi kejadian.

Hujung minggu lalu, satu lagi kemalangan tragis melibatkan Cybertruck di Guadalajara, Mexico. Pemandu terbabas sebelum merempuh sebuah patung.

Punca kemalangan masih belum dapat disahkan namun media lokal menyatakan ia berkemungkinan melibatkan kelajuan selepas melihat keadaan EV tersebut. 

Menerusi gambar yang dikongsi, Cybertruck dalam keadaan terbalik dengan beberapa bahagian remuk teruk misalnya fascia depan dan belakang, serta kedua-dua sisi selain roda tercabut daripada kenderaan.

Malah Ketua Eksekutif Tesla, Elon Musk turut berkongsi insiden tersebut di akaun X miliknya dengan kapsyen “Cybertruck lebih kuat dan tahan lasak.”

Bagaimanapun, keempat penumpang dalam Cybertruck itu terselamat yang mana salah seorangnya tercampak keluar dan ditemui terbaring di bahu jalan.

Dia dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal. Tiga lagi penumpang tidak mengalami kecederaan serius dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 

Nahas berkenaan bulanlah kemalangan pertama melibatkan Cybertruck di Mexico. Beberapa hari lalu, seorang lelaki berusia 23 tahun merempuh dinding sebuah hartanah di San Miguel, Chapultepec.

Hentaman itu meremukkan hujung depan Tesla dan pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here