Jualan merosot, Nissan Thailand bakal buang 1,000 pekerja

157

Nissan Motor akan mengurangkan atau memindahkan 1,000 kakitangan di Thailand bagi mengecilkan pengeluaran di Asia Tenggara dan sebahagian daripada pelan pengurangan tenaga kerja global yang diumumkan baru-baru ini, menurut sumber.

Nissan merancang menghentikan sebahagian pengeluaran di kemudahan No 1 Thailand, iaitu satu daripada dua kilang syarikat di negara berkenaan serta menggabungkan operasi di kilang No 2 menjelang September 2025.

Honda

Nissan awal bulan ini mengumumkan pelan pengurangan 9,000 pekerja di seluruh dunia selepas mencatatkan pendapatan separuh tahun yang lebih teruk daripada jangkaan.

Di Amerika Syarikat, kira-kira 1,000 kakitangan akan meninggalkan Nissan menjelang akhir tahun ini dengan menerima pakej persaraan awal.

Kedua-dua kilang Thailand itu berada di wilayah Samut Prakan, pinggir Bangkok. Kemudahan pertama memiliki kapasiti pengeluaran 220,000 unit manakala kedua dengan 150,000 unit kapasiti.

Ia menjadikan Thailand hab pengeluaran terbesar Asia Tenggara bagi Nissan. Pada tahun kewangan 2023, jualan Nissan di Thailand turun 30 peratus kepada 14,000 unit.

Walaupun pembuat kereta Jepun termasuk Toyota dan Honda menguasai pasaran Thailand selama bertahun-tahun, pengeluar China seperti BYD dan SAIC muncul dengan pantas menerusi pilihan kenderaan elektrik.

Kedua-dua kilang Thailand itu juga mengeluarkan model SUV eksport seperti Kicks untuk negara Asia Tenggara yang lain dan Terra untuk pasaran Timur Tengah dan Afrika.

ARTIKEL LAIN

Nissan buang 9,000 pekerja, kurangkan pegangan dalam Mitsubishi

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here