Selepas J7, Jaecoo Malaysia bakal lancar J8 suku keempat tahun ini

255

Jaecoo Malaysia turut mempamerkan J8 pada majlis pratonton SUV J7. Jaecoo J8 itu dijangka bakal berlabuh ke pasaran tempatan sekitar suku keempat tahun.

Diperkenalkan di Qatar Geneva International Auto Show, Doha tahun lalu, SUV itu menampilkan dua atau tiga barisan kerusi. 

J8 memiliki panjang 4,820mm, lebar (1,930mm), tinggi (1,699 mm) dan jarak roda (2,820mm). Model yang dipamerkan merupakan unit pemanduan kiri dengan lima kerusi. 



J8 dilengkapi dengan rim aloi 20-inci, lampu utama LED, sistem pendingin hawa dua zon dan paparan dua skrin bersaiz 12.3 inci merangkumi kluster instrumen dan infotainmen. 

Selain itu, unit pameran didatangkan dengan kerusi kemasan kulit, sistem bunyi Sony, pengecas tanpa wayar, bumbung panorama dan lampu ambien.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here