Susah nak parkir sisi, lepas 10 minit Pharell Williams tinggalkan Tesla Cybertruck

221

Parkir Pharrellel (parkir sisi) menjadi istilah baharu berasal daripada nama penyanyi, Pharell Williams selepas pelantun lagu Happy itu bergelut untuk meletakkan Tesla Cybertruck miliknya di bahu jalan.

Kejadian tersebut dirakam pengunjung yang kebetulan berada di lokasi kejadian, Daerah Reka Bentuk Miami.



Operasi parkir menjadi lebih sukar dan mencabar kerana saiz Cybertruck yang besar berbanding pesaingnya. 

Selepas 10 minit mencuba, akhirnya Pharrell menyerah lalu meninggalkan kenderaannya kepada valet parkir.

Susulan situasi itu warga maya meninggalkan komen lucu yang menyatakan Pharell tidak boleh parkir ‘pharrellel’.

Rata-rata menyatakan saiz Cybertruck tidak praktikal untuk kegunaan bandar tambahan mengambilkira cabaran tempat letak kereta.

Tesla menyatakan badan Cybertruck menggunakan aloi keluli tahan karat yang direka bentuk untuk tahan lasak dan tidak ‘kemek’. 

Trak pikap pertama Tesla itu memiliki panjang 5,682mm, lebar (2,032mm) dan tinggi (1,791mm).

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by Roxana Gonzalez (@roxanar_pr)

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here