‘Abang rambut perang’ jual motor ke Qatar, bakal dapat Honda RS150

538

Tangisan pemuda berbangsa Cina meraikan gol kedua pasukan negara ketika perlawanan terakhir Kumpulan E saingan Piala Asia (2023) menentang Korea Selatan di Stadium Al Janoub mencuri perhatian pengguna media sosial.

Momen tersebut yang disiarkan di kaca televisyen mengungkap kisah sebaliknya yang mana pemuda itu difahamkan melepaskan Yamaha 135LC bagi dana ke Qatar.



Derrick Gan yang dipanggil ‘abang rambut perang’ mengiklankan jualan tersebut di akaun Facebook miliknya pada 28 Disember tahun lalu.

“Mencari dana ke Qatar. Malaysia Road to Asia. Tumpang lalu adik nak lepaskan motor demi negara tercinta.

“Kejohanan besar pertama dalam sejarah Malaysia. Ada sesiapa sudi tolong tak?,” tulisnya yang ingin menjual motosikal tersebut pada harga RM4,500.

Namun, tidak diketahui adakah motosikal tersebut berjaya dijual sebelum penerbangannya ke Qatar bagi menyokong pasukan bola sepak negara. 

Susulan tangisannya yang tular di media sosial, bahagian komen pada hantaran tersebut dihujani dengan ucapan tahniah warga maya di samping memuji sikap patriotiknya. 

Di samping itu, penghasil kandungan Ahmad Alhafiz Najmi berkongsi bakal memberikan Honda RS150 kepada Derrick tajaan Ahmad Motorworks dan Izan Pa’an.

Bagaimanapun,  hantaran berkenaan perlu mencapai 10,000 perkongsian sebagai sebahagian daripada pulangan pelaburan tajaan.

“Andai kata post saya ini capai 10k shares, saya berikan sebiji Honda RS150 pada abang Derrick Gan yang sanggup menjual Yamaha LC135 5s miliknya,” tulisnya. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here