Pembantu penguatkuasa JPJ didenda RM2,000 kerana rasuah

353

Seorang pembantu penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) didenda RM2,000 di Mahkamah Khas Rasuah, Tawau, hari ini, selepas mengaku bersalah menerima rasuah tiga tahun lalu.

Tertuduh Mahasan Nordin, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan alternatif dibacakan di hadapan Hakim Jason Juga. Jika gagal bayar, tertuduh boleh dikenakan dua bulan penjara.

Tertuduh pada 8 Februari tahun lalu itu mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 17(a), Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1), akta yang sama.



Bagaimanapun, mengikut pertuduhan alternatif hari ini, Mahasan yang bertugas di Unit Sitaan, JPJ Cawangan Lahad Datu didakwa secara rasuah menerima wang tunai sebanyak RM1,200 daripada seorang lelaki berusia 45 tahun sebagai dorongan untuk melepaskan lori syarikat milik lelaki tersebut yang disita kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 23(1) dan Seksyen 90(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Pejabat JPJ Cawangan Lahad Datu, jam 4 petang pada 28 Februari 2020.

Bagi kesalahan itu, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa SPRM Sabah, Norsham Saharom, memohon hukuman setimpal keatas tertuduh mengambil kira faktor kepentingan awam selain perbuatan tertuduh yang tidak amanah dan mengambil kesempatan serta mencemar nama baik JPJ.

Peguam Adward Paul yang mewakili tertuduh dalam mitigasinya memohon denda minimum atas alasan anak guamnya menghadapi masalah kewangan kerana ditahan tugas dan tidak dapat menampung keperluan dan perbelanjaan harian termasuk menjaga ibu bapa.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here