Remaja perempuan tunggang superbike maut ketika buat pusingan ‘U’

1474

Seorang remaja perempuan maut dalam keadaan mengerikan, selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya terbabas di kawasan Jalan Marina, Miri semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Chabu berkata dalam kejadian dilaporkan kira-kira pukul 12.58 tengah malam mangsa yang berusia 18 tahun meninggal dunia di tempat kejadian dalam keadaan kepalanya terputus.

“Siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang mangsa datang dari arah Tanjung Lubang menghala ke Coco Cabana kemudian membuat pusingan-U menghala semula ke Tanjung Lubang.



“Selepas membuat pusingan-U, motosikal mangsa disyaki gagal dikawal lalu terbabas di bahu jalan sebelah kiri,” katanya.

Susulan itu, beliau berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan dan disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here