AMITEC lancar edisi terhad Suzuki Raider R150Fi EWC1 – Endurance Series, bermula RM8,988

210

AMITEC, bahagian penyelidikan dan pembangunan kejuruteraan dalam bidang sukan permotoran di bawah seliaan AFY Mobility Industries (AMI), melancarkan edisi khas Suzuki Raider R150Fi EWC1 – Endurance Series. 

Model edisi khas itu menampilkan rekaan perlumbaan menarik yang diinspirasikan daripada motosikal perlumbaan Endurance Series yang yang terkenal dengan barisan kemenangan trofi berganda oleh pasukan perlumbaan Suzuki. 

Pengenalan Raider R150Fi EWC1 kepada pasaran adalah satu bukti buat pasukan AMITEC yang terus bersemangat dalam melaksanakan program penjenamaan serta komitmen mereka dalam program reka bentuk dan prestasi dalam industri sukan bermotor. 



Pada masa ini, Raider versi EWC1 bakal mengekalkan spesifikasi standard Raider R150Fi dan hanya memfokuskan transformasi grafik visualnya sebagai memberi penghormatan kepada warisan serta deretan trofi kejuaraan kejohanan perlumbaan ketahanan ‘Endurance’ oleh pasukan pengeluar Suzuki. 

Projek ini seterusnya menyasarkan komitmen berterusan AMITEC untuk meningkatkan prestasi dan menyesuaikan model Raider untuk sejumlah perlumbaan yang bakal disertai pada masa akan datang. 

Sekali gus projek ini juga berkelangsungan dengan pengenalan awal edisi khas Raider AS25 pertama mereka pada tahun 2022. 

Model EWC1 ini semestinya menjanjikan penawaran pilihan Raider yang lebih unik dan mengujakan kepada peminat motosikal di Malaysia. 

Jentera itu dijual bermula RM8,988 tidak termasuk cukai jalan, pendaftaran dan insurans.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here