Smart #1 capai kedudukan ke-3 pasaran SUV EV Premium di Malaysia

108

Smart #1 mengukuhkan keberadan di pasaran Malaysia apabila mencapai kedudukan ketiga bagi pasaran SUV EV Premium.

Pasaran kereta elektrik (EV) di Malaysia menyaksikan pertumbuhan beberapa tahun kebelakangan ini dengan rekod jualan 11,624 unit pada tahun lalu berbanding 3,079 unit pada 2022.



Ia mewakili peningkatan perkongsian pasaran yang signifikan dari 0.43 peratus kepada 1.45 peratus.

Dibawakan oleh PRO-NET, Smart #1 mencapai kedudukan tiga teratas bagi kenderaan berharga melebihi RM180,000.

Ketua Pegawai Eksekutif Smart Malaysia, Zhang Qiang berkata walaupun hanya menawarkan satu model buat masa ini, membuktikan kepercayaan pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan Smart di Malaysia.

“Sejak pelancaran, kejayaan Smart #1 di Malaysia boleh dikaitkan dengan prestasi luar biasa dalam segmen SUV EV premium, dengan 100 unit dijual dalam tempoh satu bulan.

“Ia diisumbangkan oleh DNA premium yang diwarisi daripada Mercedes-Benz, cadangan jualan unik seperti menawarkan akses ke lokasi pengecasan 70 peratus dalam satu aplikasi, ciri ADAS serta tumpuan tanpa henti meningkatkan infrastruktur pengecasan seluruh negara,” katanya.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here