Jarak brek pendek jalan basah mahupun kering, ini 6 fakta pantas Continental MaxContact MC7

108

Continental Tyres memperkenalkan tayar MaxContact MC7 yang direka bentuk untuk pengguna bandar dan disesuaikan bagi memenuhi keperluan pemandu Asia Pasifik (APAC).

Produk baharu Continental itu dibangunkan dan uji oleh 25 jurutera dan pakar bahan lebih 8,000 jam. 

Berikut fakta pantas yang perlu anda tahu tentang MaxContact MC7 :



  • Menawarkan kestabilan ketika mengambil selekoh tajam dan memandu di pusingan sudut pada kelajuan lebih tinggi dan stabil, ia disumbangkan oleh kawasan sentuhan dengan jalan yang lebih luas dan optimum dengan Cornering Macroblocks.
  • Kompaun ReFlex menghasilkan rintangan yang lebih tinggi terhadap ubah bentuk tayar serta membawa kepada tindak balas dan ketepatan pengendalian lebih baik.
  • Teknologi silika dalam sebatian ReFlex meningkatkan pemindahan tenaga kinetik kepada haba sekaligus menawarkan cengkaman lebih baik dan jarak membrek yang pendek pada jalan kering dan basah. 
  • 3D Laser-cut Sipes meningkatkan cengkaman dan brek dalam keadaan basah dan hujan, mengurangkan risiko penyatahan air (aquaplaning) dengan menolak keluar air melalui alur tayar dengan cepat.
  • Two-in-1 Noise Breaker 3.0 dinaik taraf memecahkan gelombang bunyi, mencegah bunyi daripada terkumpul dan masuk ke dalam kabin kereta.
  • MaxContact MC7 didatangkan dengan pilihan saiz antara 16 hingga 21 inci dan tersedia untuk pembelian di seluruh pasaran APAC bermula suku pertama tahun ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here