Pemandu bas meludah boleh dikenakan tindakan

57

Meludah antara kesalahan akan diambil kira oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak terhadap pemandu bas menerusi penguatkuasaan melalui penyamaran dalam Ops Khas Sempena Tahun Baru Cina (2025) yang bermula 20 Januari hingga 9 Februari ini.

Pengarah JPJ Perak Mohammad Yusoff Abustan berkata, aktiviti penyamaran itu turut menumpukan kesalahan lain antaranya seperti merokok, penggunaan telefon bimbit semasa memandu dan ketiadaan lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV).

Katanya, sebanyak lapan anggota JPJ melibatkan pembahagian kepada empat pasukan ditugaskan untuk penyamaran itu dengan menumpukan kepada empat terminal bas utama selain pemeriksaan dijalankan terhadap bas dalam memastikan ia selamat untuk dinaiki penumpang.

“Kadang-kadang kita nampak macam biasa tetapi memang jadi kesalahan kalau meludah semasa memandu bas. Sebagai pemandu bas, dia kena bersedia dan sentiasa cergas semasa memandu.

“Tindakan pemandu bas meludah ini merupakan tingkah laku yang menjijikkan orang (penumpang) yang ada di belakang.

“Penyamaran akan dilakukan secara rawak iaitu anggota kita bergerak bersama dengan bas sebagai penumpang dan berpakaian biasa seperti pakaian orang kebanyakan,” katanya.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here