Panglima Tentera Udara uji pesawat tempur FA-50

68

Panglima Tentera Udara (PTU), Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan mencuba sendiri pesawat tempur FA-50 milik Korea Aerospace Industries (KAI) sempena lawatan kerja ke syarikat aeroangkasa Korea Selatan, baru-baru ini.

Lawatan berkenaan bertujuan meninjau perkembangan pembangunan pesawat Fighter Lead-In Trainer-Light Combat Aircraft (FLIT-LCA) TUDM yang dijangka akan diperolehi pada tahun 2026.

Honda
Honda

TUDM dalam kenyataan menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, sebanyak 51 anggota kejuruteraannya akan menyertai kursus senggaraan bermula Januari tahun depan sekali gus memastikan kesiapsiagaan teknikal pesawat dalam perkhidmatan TUDM kelak.

“Pengalaman secara langsung ini membolehkan PTU menguji keupayaan pesawat dalam aspek maneuverability, sistem avionik serta kesesuaian pesawat tersebut untuk memenuhi keperluan operasi dan latihan TUDM.

“Lawatan ini menandakan satu pencapaian penting setelah termeterainya kontrak perolehan antara Kerajaan Malaysia dan KAI.
 
“Ia turut menjadi platform untuk melihat sendiri kemajuan dalam proses pembangunan aset baharu TUDM yang bakal menjadi pemangkin kepada evolusi keupayaan operasi dan latihan pertempuran udara negara,” menurut kenyataan itu. 
 
Berdasarkan penilaian beliau, pesawat FA-50M bukan sahaja memenuhi keperluan teknikal dan taktikal tetapi juga berpotensi menjadi aset strategik dalam memperkukuh keupayaan pertahanan udara negara.
 
 
 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here