
Sebagai seorang ketua keluarga, adakalanya anda dapat merasakan MPV tipikal yang ada di pasaran belum cukup untuk memenuhi keperluan kehidupan berkeluarga anda.
Ada yang mungkin mempunyai kelengkapan keselamatan yang memadai, tapi belum cukup selesa untuk seisi keluarga.
Ada yang benar-benar selesa, tapi terpaksa pula berkompromi aspek keselamatan.
Jadi, dengan Kia Sorento kami berpendapat anda mampu memandu keluarga anda ke mana-mana jua dengan lebih meyakinkan!
Kia Sorento secara standard datang dengan ciri kelengkapan keselamatan yang menyeluruh, termasuklah sistem brek kecemasan automatik, amaran pelanggaran hadapan, sistem pemantauan titik buta, amaran keluar lorong dan kawalan jelajah adaptif.
Ciri-ciri yang disebutkan itu tadi dapat meningkatkan aspek keselamatan secara keseluruhan, sekaligus memberikan ketenangan fikiran semasa melakukan perjalanan.
Selain itu, Kia Sorento menawarkan ruang kabin yang luas untuk memuatkan penumpang dan kargo.
Dengan tiga baris tempat duduk yang tersedia, anda boleh memuatkan sehingga tujuh orang penumpang pada satu-satu masa.
Untuk penumpang baris ketiga juga tidak dilupakan, di mana terdapat corong pendingin hawa tambahan, soket kuasa 12V serta tempat untuk meletakkan cawan yang tersedia!
Anda juga boleh memaksimumkan ruang kargo sedia ada, terima kasih kepada susunan tempat duduk yang boleh dilaras mengikut keperluan.
Ruang kabin Kia Sorento juga dilengkapi dengan teknologi yang intuitif dan mesra pengguna, seperti contoh sistem infohibur berasaskan sentuhan bersaiz besar dan integrasi peranti pintar (Apple CarPlay dan Android Auto).
Teknologi sebegini dapat memastikan semua orang terhibur sewaktu perjalanan jauh, selain memastikan akses mudah terhadap navigasi dan komunikasi untuk menjadikan perjalanan sekeluarga lebih menyeronokkan.
Kia Sorento didatangkan dengan pilihan enjin petrol Smartstream 2.5 liter (177 hp/232 Nm) atau enjin diesel 2.2 liter (199 hp/440 Nm).
Yang pasti, dengan bantuan sistem pacuan semua roda (AWD), Kia Sorento mampu menawarkan daya pemanduan dan kadar cengkaman yang lebih meyakinkan terutama semasa menempuh pelbagai keadaan cuaca di Malaysia.
Atau sekali sekala melakukan aktiviti di luar grid, seperti tapak glamping di tepian pantai berpasir.
Selain daripada empat kelebihan yang disebutkan di atas, apa yang paling penting wujud pada Kia Sorento ialah kemampuannya untuk bergerak lebih jauh berdasarkan setangki bahan api yang penuh.
Walaupun dilengkapi dengan enjin bersesaran besar (ditambah dengan sistem AWD pula), Kia Sorento ternyata amat sesuai digunakan untuk pemanduan jarak jauh tanpa perlu singgah stesen minyak dengan lebih kerap.
Jadi dengan Kia Sorento, anda sebenarnya boleh memandu keluarga anda ke mana jua destinasi yang dituju dengan lebih yakin dan yang paling penting, selamat!