Kia Sorento 2023 bakal lancar di Malaysia, 3 varian harga anggaran bermula RM220,000

1434

Dinamikjaya Motors Sdn Bhd, pengedar rasmi Kia di Malaysia mempertontonkan SUV Kia Sorento 2023 sempena majlis makan malam Tahun Baru Cina bersama pihak media, baru-baru ini.

SUV itu dijangka dilancarkan pada suku pertama tahun ini. Ia hadir sebagai unit pemasangan tempatan (CKD) yang dikeluarkan di kilang Inokom di Kulim, Kedah.



Ia bakal ditawarkan dengan dua enjin iaitu dua varian menggunakan Smartstream 2.5L MPI 4WD dan Smartstream 2.5L MPI 2WD petrol, selain satu dijanakan rangkaian kuasa Smartstream 2.2L Turbo CRDi 4WD diesel.

Bagi enjin Smartstream 2.5L MPI, ia menggunakan transmisi enam kelajuan automatik dengan prestasi 177 hp dan tork 232 Nm, manakala lapan kelajuan automatik untuk Smartstream 2.2L Turbo CRDi yang menyalur 199 hp serta 440 Nm.

Kelajuan maksimum bagi enjin Smartstream 2.5L MPI adalah 195 km/j. Smartstream 2.2L turbo CRDi pula 205 km/j.

Dari segi reka bentuk, Sorento 2023 menampilkan elegan dan sporty terutama bahagian hadapan tampil jeriji ‘tiger nose’ yang lebih besar. Sementara unit lampu belakang menegak dan terpisah itu pula seakan-akan Hyundai Palisade.

Kia Sorento 2023 hadir dimensi sepanjang 4,810 mm, lebar 1,900 mm, tinggi 1,700 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,815 mm.

Ruang kabin hadir dengan susun atur papan pemuka yang menerapkan bahasa rekaan ‘Functional Emotions’. Memiliki infotainmen bersaiz 10.25 inci, skrin kluster instrumen 12.3 inci, sistem audio Bose. Sementara varian rendah pula membawakan kluster meter analog serta skrin MID tengah. 

Ciri keselamatan pula, SUV itu bakal dilengkapi dengan enam beg udara, ABS, EBD, Bantuan Brek (BA), Kawalan Kestabilan Dinamik (DSC). Ia juga hadir Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Kawalan Brek Pelbagai-Pelanggaran (MCB), Kawalan Bantuan Naik Bukit (HAC) dan cagak Isofix.

Perincian penuh mengenai Sorento 2023 ini akan didedahkan pada majlis pelancaran nanti. Buat masa ini harga anggarannya antara RM220,000 hingga RM255,000.

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here