
Kereta elektrik (EV) Toyota bZ7 baharu rasmi didedahkan di Pameran Auto Shanghai (2025).
Sedan flagship itu merupakan model kerjasama dengan Guangzhou Automobile Group Co. Ltd. (GAC), Guangzhou Toyota Motor Co. Ltd (GTMC) dan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Pintar ElectroMobility TOYOTA (China) Co. Ltd. (IEM by TOYOTA).

BEV itu memiliki panjang 5 meter lalu dipadankan dengan teknologi termaju dan kabin kualiti tinggi menggunakan sistem kokpit HarmonyOS Huawei.
Pelancaran rasmi bZ7 dirancang tahun ini yang mana versi konsep pernah dipamerkan pada Pameran Auto Guangzhou (2024).

Sementara bZ7 yang dipamerkan di Shanghai Auto merupakan versi pengeluaran massa yang menggunakan hendal pintu dan cermin sisi tradisional.
EV itu masih lagi menggunakan rekaan bentuk ‘C’ pada lampu depan bersama jalur lampu penuh pada hud, lampu belakang slim yang ditarik sepanjang but, spoiler but, rim 21 inci dan sensor LiDAR yang bermakna ia didatangkan dengan sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS).
Bergerak ke kabin, pencahayaan ambien boleh dilihat di beberapa bahagian di samping skrin kawalan tengah terapung, panel instrumen, stereng tiga jejari dan panel pengecas tanpa wayar di konsol tengah serta bumbung panorama.
Spesifikasi tren kuasa masih belum didedahkan, tentunya bZ7 ini menawarkan prestasi dan jarak perbatuan lebih baik berbanding adiknya bZ3.