Toyota labur RM8.8 bilion buka kilang NEV di Shanghai

75

Toyota Motor Corporation dan Kerajaan Perbandaran Shanghai (KPS) menandatangani perjanjian kerjasama strategik pemasangan kenderaan tenaga baharu (NEV) di hab ekonomi China, pada Selasa.

Perjanjian itu melibatkan pembinaan milik penuh kilang kenderaan elektrik (EV) Lexus di daerah Jinshan, Shanghai.

Perjanjian itu menandakan detik penting melibatkan pengeluar kenderaan asing utama yang kedua membangunkan kemudahan milik penuh di China selepas Tesla Shanghai Gigafactory dan usaha pertama sedemikian oleh pembuat kereta Jepun.

Menurut pegawai pada majlis itu, Toyota akan melabur CNY14.6 bilion (RM8.8 bilion) dalam projek itu dengan perolehan tanah awal kira-kira 277 ekar.

Kemudahan itu melibatkan penyelidikan dan pembangunan, pembuatan dan jualan, memfokuskan pada pengeluaran kenderaan elektrik berjenama Lexus dan teknologi bateri termaju.

Menurut laporan, kilang berkenaan akan menggunakan komponen domestik melebihi 95 peratus yang mana memberi kelebihan pada jualan kenderaan Lexus lebih murah 15 hingga 20 peratus berbanding model import.

Perjanjian itu dibuat ketika Toyota menyasarkan untuk mengembangkan barisan EV globalnya kepada kira-kira 15 model menjelang 2027, dengan sasaran pengeluaran kira-kira 1 juta EV setiap tahun.

Pasaran China dianggap sebagai “teras mutlak” kepada matlamat Toyota untuk menjual 1 juta EV di seluruh dunia menjelang 2030.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here