Bas kilang terbalik, 33 pekerja warga asing cedera

34

Seramai 33 pekerja warga asing cedera selepas bas kilang yang dinaiki mereka terbabas dan terbalik dalam kemalangan di Jalan P/6, Seksyen 13, Bandar Baru Bangi, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 6.59 pagi.

Beliau berkata seramai 13 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi dan BBP

Kajang dikejarkan ke lokasi kejadian, dengan operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan Il Rahamat Sabarudin.

“Lapan mangsa dibawa ke Hospital Kajang dan Hospital Serdang untuk rawatan lanjut, manakala selebihnya menerima rawatan awal di lokasi kejadian oleh petugas ambulans Kementerian Kesihatan.

“Seramai 1l lagi pekerja warga asing yang menaiki bas berkenaan selamat dengan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here