Aveta jelaskan kekeliruan, tiada kaitan dengan Demak!

46

Aveta Motor Malaysia menyatakan tidak memiliki sebarang kaitan atau hubungan dengan jenama Demak di Malaysia.

Ia susulan salah faham berpanjangan berkaitan pemilikan dan hubungan jenama Aveta dengan pengedar-pengedar lain di Malaysia.

“Dengan ini kami ingin menyatakan secara rasmi bahawa Aveta Motor Malaysia tidak mempunyai sebarang perkaitan, atau hubungan dengan jenama Demak atau jenama-jenama motosikal atau pengedar lain di Malaysia.

“Aveta Motor Malaysia merupakan jenama milik sepenuhnya oleh syarikat Malaysia, yang dikendalikan di bawah Aveta Global Marketing Sdn Bhd, sebahagian daripada Kumpulan MAG,” menurut kenyataan yang dikeluarkan. 

Semua aspek perniagaan Aveta dari operasi hingga pembangunan produk dan pemasaran diuruskan secara tempatan oleh pasukan Malaysia yang komited untuk menyediakan motosikal berkualiti tinggi pada harga berpatutan, khusus direka untuk pasaran tempatan.

“Sebagai syarikat tempatan yang bangga, kami kekal fokus untuk membina jenama yang kukuh dan dipercayai oleh para rakyat Malaysia,” jelasnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here