Hyundai Tucson Facelift 2025: Ini perbezaannya, bakal lancar awal Julai ini

25

Hyundai Tucson generasi keempat bukanlah SUV baru di Malaysia, tetapi untuk 2025, ia kembali dengan rupa yang lebih kemas dengan ciri baharu.

Bukan facelift ‘syarat’, tapi perubahan yang memang terasa dari luar sampai ke dalam. Jadi, apa sebenarnya yang berbeza antara Tucson facelift 2025 dengan versi lama?

Rekaan Luaran

Kalau model sebelum ini nampak agak lembut, Tucson facelift datang dengan imej yang lebih garang. 

Gril depan direka semula, dan lampu DRL LED yang dulu halus kini membulatkan mata dengan bentuk tiga segi besar yang sangat dominan.

Skid plate bawah bampar kini lebih besar dan tampak berfungsi, bukan sekadar hiasan. Bahagian belakang juga lebih tegas dari rekaan bampar hingga ke susunan lampu kabus baharu.

Kabin Baharu

Masuk ke dalam, ini tampak perubahan paling ketara. Hyundai bawa masuk gaya digital sepenuhnya dengan kehadiran dua skrin besar berkembar untuk meter kluster dan infotainmen yang masing-masing bersaiz 12.3 inic. 

Tuil gear pun dipindahkan dari konsol tengah ke sebelah kanan stereng. Reka bentuk stereng pula lebih ringkas, tiga jejari tanpa logo Hyundai.

Enjin Sama Tapi Tak Sepenuhnya, Kini Ada Hibrid!

Tucson facelift kini hadir dengan pilihan enjin hybrid membabitkan:

  • 2.0L MPi (156PS/192Nm)  Dipadankan transmisi 6 kelajuan automatik, ia kekal untuk pembeli biasa, fokus pada kos jangka panjang.
  • 1.6L Turbo (180 PS/265Nm) – Transmisi 7 DCT yang sesuai untuk mereka yang mahukan kuasa.
  • 1.6L Turbo Hibrid (235PS/367Nm) – Padanan transmisi 6 kelajuan automatik, menjadi keluarga Tucson yang paling bertenaga dan paling jimat, sesuai untuk gaya hidup urban moden

Saiz Kekal, Ruang Bertambah Fungsi

Dimensi tak berubah dengan 4,630 mm panjang dan 2,755 mm jarak roda. Ia memiliki ruang kargo cukup mengagumkan: 582 liter secara standard, dan boleh capai 1,903 liter dengan kerusi belakang dilipat rata.

Dari segi jaminan, ciri keselamatan atau harga, tiada maklumat lanjut tentang model berkenaan. Ini baharu pratonton, kita tunggu sahaja pada majlis pelancaran rasmi yang bakal berlangsung pada awal Julai ini.

Pada masa sama, Hyundai Motor Malaysia akan memulakan pengeluaran secara tempatan (CKD) pada suku ketiga tahun ini, selain tujuh lagi model CKD dalam tempoh lima tahun akan datang. 

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here