Utama Berita Automotif SISMA Auto lancar bilik pameran dan pusat servis Denza di Glenmarie

SISMA Auto lancar bilik pameran dan pusat servis Denza di Glenmarie

9

SISMA Auto mengorak langkah dalam dunia pemotoran kenderaan elektrik (EV) dan mewah dengan melancarkan bilik pameran Denza yang baharu di Glenmarie, Shah Alam, Selangor. 

Denza, jenama EV mewah milik BYD Auto yang menerima sambutan menggalakkan di seluruh dunia membuatkan SISMA Auto menjadi satu daripada pengedar untuk membawa jenama baharu itu jalan raya Malaysia. 

Dengan keluasan 20,000 kaki serta dua tingkat, pameran itu menelan belanja jumlah pelaburan sebanyak RM25 juta dengan direkaan yang mencerminkan identiti jenama berkenaan.

Reka bentuknya yang anggun menyerlahkan identiti terkini Denza, menggabungkan kecanggihan moden dengan kemewahan yang mampan untuk dinikmati oleh pengunjung. 

Antara ciri menarik ruang pameran ialah galeri kenderaan yang luas, membolehkan pelawat melihat secara lebih dekat pilihan EV Denza, malah mereka berpeluang untuk pandu uji.

Selain daripada bilik pameran, ia dilengkapi pusat servis dengan kemudahan tercanggih bagi menyediakan perkhidmatan lepas jualan yang menyeluruh.

Untuk meningkatkan lagi kemudahan kepada pengunjung, Denza SISMA Auto Glenmarie menawarkan perkhidmatan concierge premium, termasuk mengambil dan menghantar kenderaan dari pintu ke pintu untuk diservis, terus dari rumah atau pejabat pelanggan.

Pengarah Urusan Kumpulan SISMA Auto Syed Khalil Syed Ibrahim berkata, beliau teruja untuk mengembangkan penawarannya dalam pasaran kenderaan mewah di mana Denza merupakan salah satu jenama kenderaan mewah terbaru yang memasuki Malaysia. 

“Keyakinan global terhadap jenama BYD semakin meningkat. Denza sebagai sub-jenama BYD berada pada kedudukan yang baik untuk menarik perhatian pemilik kenderaan premium dan mewah.

“Jenama Denza pula terserlah dengan inovasi teknologi dan cadangan nilai yang menarik. Dengan pelancaran Denza Sisma Auto, kami menjadikannya pengalaman Denza dapat  diakses oleh lebih ramai rakyat Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan BYD Malaysia Sdn Bhd, Eagle Zhao berkata, dengan pembukaan rasmi lima pengedar baharu DENZA, ia menjadi bukti atas komitmen pihaknya dalam menyediakan pengalaman pelanggan yang luar biasa.

“Kami juga amat teruja dengan kehadiran SISMA Auto ke dalam keluarga DENZA, yang terletak di kawasan strategik, hab automotif Glenmarie. 

“Komitmen kami untuk memperluas kehadiran di Malaysia tetap kukuh. BYD Malaysia akan terus memperluaskan rangkaian pengedar dan pusat servis kami bagi memastikan kenderaan elektrik berkualiti tinggi,” katanya.

Pusat Pameran dan Service Denza SISMA Auto terletak di No 21, Jalan Perintis U1/52, Seksyen U1, Bandar Glenmarie, Shah Alam. Ia dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam.

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here