ECRL : Penembusan terowong Serendah 2 selesai enam bulan lebih

11

Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata penembusan Terowong Serendah 2 sepanjang 9.88km berjaya dilaksanakan enam bulan lebih awal daripada jadual asal.

Kerja-kerja pemasangan lapisan kekal bagi Terowong Serendah 2 telah mencapai kemajuan memberangsangkan iaitu melebihi 7,500 meter sebelum penembusan berlaku.

“Terowong yang mempunyai purata ketinggian 12 meter dan kelebaran 13 meter itu cukup untuk menampung dua landasan rel tolok standard. 

“Kerja-kerja pengorekan bagi Terowong Serendah 2 bermula pada Ogos 2022 dan pada asalnya dijadualkan siap dalam Disember 2025. Semua kerja-kerja sivil untuk terowong ini dijangka siap sepenuhnya menjelang September 2026,” katanya.

Sementara itu, Shamsul Azri berkata nilai kontrak diperoleh syarikat tempatan menerusi penglibatan dalam projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mencecah RM18.57 bilion, mengatasi RM10.8 bilion yang disasarkan. 

Beliau yang juga Ketua Setiausaha Negara berkata projek ECRL melibatkan 3,300 syarikat tempatan terdiri daripada kontraktor, perunding dan pembekal dari 2017 hingga Mei 2025.

Beliau berkata bagi penglibatan syarikat bumiputera pula, kontrak bernilai RM3.4 bilion atau 97.14 peratus daripada sasaran RM3.5 bilion bagi kerja-kerja sivil ECRL telah diberikan kepada kontraktor, perunding dan pembekal bumiputera.

MRL dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) akan mengembleng tenaga memastikan sebanyak mungkin nilai kontrak bagi syarikat tempatan serta bumiputera sehingga tamat proses pembinaan ECRL,” katanya.

Projek ECRL melibatkan pembinaan 41 terowong dengan jumlah panjang keseluruhan sekitar 69km di sepanjang laluan relnya.

Terowong berkembar Genting sepanjang 16.39km, yang kini di peringkat akhir kerja penggalian, dijangka berjaya ditembusi sepenuhnya menjelang pertengahan Julai 2025. 

Projek ECRL merupakan projek  infrastruktur bernilai RM50.27 bilion dan telah mencatatkan 84.59 peratus kemajuan keseluruhan setakat Jun 2025.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here