Nissan Kicks e-POWER: SUV kompak elektrik tanpa pengecasan

11

Tak kenal, maka tak cinta.” Peribahasa ini sangat sesuai bagi mereka yang mahu mengenali Nissan Kicks e-POWER selepas dilancarkan secara rasmi di Kuala Lumpur International Mobility Show tahun lalu. Ia bukan sekadar sebuah SUV baharu dalam pasaran, sebaliknya mewakili langkah besar Edaran Tan Chong Motor (ETCM) dalam menyahut perubahan global ke arah elektrifikasi.

Secara tidak langsung, ia memperluaskan teknologi baharu kepada pengguna Malaysia dengan membawa satu pengalaman memandu kenderaan elektrik tanpa perlu mengecas.

Penampilan Moden, Kabin Futuristik

Dari luaran, SUV segmen-B itu mengekalkan DNA reka bentuk Nissan dengan gril V-Motion, lampu utama LED tajam, serta garisan badan yang kemas. Bahagian tepi tampil dengan rekaan ‘floating roof’ dan kombinasi warna dua tona untuk menambah elemen eksklusif yang sporty. Selain luaran menarik, bahagian dalaman dilengkapi ciri moden dan selesa. Namun, apa yang membuatkan Kicks e-POWER berbeza dengan pesaingnya yang lain ialah tempat duduk Zero Gravity.

Tempat duduk itu bukan ‘biasa-biasa’, ia diinspirasikan dari kajian ergonomik NASA dan direka untuk mengurangkan keletihan otot, terutama ketika pemanduan jauh. Ia bukan sekadar gimik, malah tempat duduk itu memang memberi sokongan menyeluruh kepada tulang belakang dan pinggang. Malah, ruang kabin turut menerima kemasan kulit dua tona, sistem infotainmen 8 inci dengan Apple CarPlay dan Android Auto, serta paparan cermin pandang belakang digital (IRVM) dengan resolusi tinggi.

Apa Itu Teknologi e-POWER?

Kenapa Kicks e-POWER berbeza dengan model hibrid yang lain? Ia sebenarnya menggunakan ciri e-POWER, satu teknologi elektrifikasi eksklusif Nissan yang menggunakan motor elektrik sepenuhnya untuk menggerakkan kenderaan. Walaupun menggunakan enjin petrol 1.2L 3-silinder di bawah hud, kuasa itu tidak disalurkan terus ke roda. Sebaliknya, ia berfungsi sepenuhnya sebagai penjana untuk mengecas bateri 2.06kWh yang kemudiannya menyalurkan kuasa ke motor elektrik.

Ia menyamai pengalaman pemanduan elektrik tulen dengan menawarkan respons pantas, tiada tukaran gear tradisional dan operasi yang lebih senyap serta lancar berbanding enjin pembakaran dalaman biasa.

Prestasi Mengagumkan

Pakej itu membolehkan Nissan Kicks e-POWER mencapai 100km/j dalam 9.5 saat, angka yang baik untuk SUV kompak. Malah, ia juga ditawarkan dengan mod pemanduan Normal, Eco, Sport dan e-Pedal Step. Penggunaan bahan api turut menjimatkan, serendah 21.7km per liter. Secara teori, tangki sebesar 41 liter boleh memberikan jarak melebihi 900km untuk SUV itu.

Ia menjadikan Kicks e-POWER sebagai penyelesaian terbaik untuk mereka yang mahu menikmati kelebihan EV tanpa kerisauan tentang pengecasan. Maksudnya, tiada lagi perasaan range anxiety yang menjadi alasan untuk tidak memiliki EV.

Ciri e-Pedal Step

Bagi mereka yang kerap memandu di kawasan bandar dengan keadaan trafik sesak, ciri e-Pedal Step sangat sesuai digunakan. Apabila menekan pedal, kereta bergerak seperti biasa dengan respons yang lancar. Namun, apabila kaki diangkat, kenderaan secara automatik akan mula memperlahankan kelajuan tanpa perlu menekan brek. Itulah cara ciri e-Pedal Step berfungsi.

Ini bukan sahaja memberi kawalan yang selesa ketika memandu, malah membantu menjimatkan tenaga dengan menggunakan sistem brek regeneratif untuk mengecas semula bateri. Ia memberikan pengalaman pemanduan yang lebih relaks, efisien dan moden, seakan-akan memandu EV sebenar.

Selain itu, suspensi disesuaikan dengan talaan keseimbangan antara keselesaan dan kestabilan, manakala sistem stereng elektrik memberikan rasa pemanduan ringan dan mudah dikawal di kawasan sempit atau ketika parkir.

Ciri Keselamatan Menyeluruh

Kicks e-POWER turut dilengkapi dengan teknologi canggih Nissan Intelligent Mobility, memberikan tahap keyakinan dan keselamatan yang tiada tandingan setiap kali memandu. 

Ciri keselamatan standard bagi varian VL dan VLT dilengkapi tujuh beg udara SRS, Brek Kemasan Pintar (IEB), Amaran Pelanggaran Hadapan Pintar (IFCW) dan Amaran Kecerdasan Pemandu (IDA).

Untuk varian paling tinggi iaitu VLT pula dipadankan Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan (ADAS) membabitkan Kawalan Jelajah Pintar (ICC), Brek Kecemasan Pintar, Amaran Titik Buta (BSW), Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA), Cermin Pandang Belakang Pintar (IRVM) dan Intelligent Around View Monitor dengan Pengesanan Objek Bergerak.

Peralihan Dunia Elektrifikasi

Dari sudut penawaran, ETCM memperkenalkan Kicks e-POWER dalam tiga varian utama untuk pasaran Malaysia iaitu VL, VLT dan VLT dua-tona bumbung hitam, masing-masing dijual dengan harga RM113,800 dan RM121,800 serta RM125,800. Pembeli boleh memilih daripada enam warna menarik iaitu Black Star, Brilliant White Pearl, Brilliant Silver, Red Pearl, Sunrise Orange dan Dark Metal Grey.

Setiap pembelian turut disertakan dengan jaminan kenderaan selama lima tahun atau 100,000 km, manakala komponen utama seperti bateri, ECU, inverter dan motor elektrik dilindungi dengan jaminan lapan tahun atau 160,000 km, yang mana tiba dahulu.

Jadi kenapa sekadar baca?

Luangkan masa ke bilik pameran Nissan terdekat. Pandu uji sendiri Nissan Kicks e-POWER.
Biarkan Nissan Kicks e-POWER buktikan, ia sebuah model transisi yang tepat untuk pengguna yang mahu melangkah ke arah mobiliti lebih mesra alam, tanpa perlu mengorbankan praktikaliti atau gaya hidup harian. Untuk maklumat lanjut & lokasi terdekat boleh layari www.nissan.com.my

Galeri Gambar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here