Unit udara bomba bawa pesakit orang asli dapatkan rawatan

45

Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan pemindahan perubatan (Medevac) membawa seorang wanita Orang Asli dari Kampung Tendrik, Pos Simpor ke Hospital Gua Musang semalam.

Penolong Kanan Penguasa Bomba Amir Fitri Salim berkata Abong Busu, 54, mengalami sakit perut, sakit belakang dan kepala serta tidak boleh bangun sejak empat hari lalu.

Helikopter Mi-17-IV berlepas dari Pangkalan Udara Wilayah Tengah Subang, Selangor pada 11.20 pagi dan tiba di Kampung Tendrik, Pos Bihai pada jam 12.40 tengah hari.

“Abong terpaksa diusung ke dalam helikopter kerana berada dalam keadaan lemah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata wanita berkenaan kemudian diserahkan kepada pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang untuk dibawa ke hospital.

ARTIKEL LAIN

Tentera Udara India pernah ada helikopter bentuk gajah sebagai simbol kekuatan

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here