153 disaman tak pakai tali pinggang keledar

23

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka mengeluarkan 153 notis saman kepada penumpang serta pemandu bas ekspres dan persiaran kerana tidak memakai tali pinggang keledar, dalam tempoh 1 Julai hingga semalam.

Pengarahnya, Siti Zarina Mohd Yusop berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 18 notis dikeluarkan kepada pemandu bas manakala 135 notis saman dikeluarkan kepada penumpang kenderaan.

“Pemakaian tali pinggang keledar diwajibkan ke atas semua penumpang dan pemandu bas ekspres serta persiaran bermula 1 Julai lepas dan hingga hari ini, kita memeriksa sebanyak 350 kenderaan. 

Gambar hiasan

“Kesalahan berkenaan dikesan menerusi penyamaran anggota dalam bas tersebut selain penguatkuasaan operasi yang dijalankan secara berkala sepanjang tempoh itu,” katanya. 

Beliau berkata menerusi penguatkuasaan itu, kebanyakan pemandu bas dan penumpang didapati tidak memakai tali pinggang keledar disebabkan sikap sambil lewa dan kurang kesedaran walaupun diingatkan oleh pemandu sebelum memulakan perjalanan.

Justeru, tindakan mengeluarkan saman tanpa kompromi dilakukan sebagai peringatan kepada pemandu dan penumpang supaya tidak mengulangi kesalahan itu

Siti Zarina berkata, pihaknya mengadakan sesi libat urus dengan semua pengusaha syarikat bas ekspres dan persiaran di negeri itu sebagai inisiatif menghebahkan perlaksanaan pematuhan pemakaian tali pinggang keledar.

Selain itu, pihaknya mengeluarkan bahan promosi dalam bentuk ‘soft copy’ seperti poster berkaitan perlaksanaan penguatkuasaan untuk ditampal dalam kenderaan sebagai peringatan kepada pemandu dan penumpang bagi mengelak disaman.

Operasi bersepadu itu membabitkan lebih 70 anggota penguat kuasa pelbagai agensi bermula 8 hingga 12 tengah malam tadi dan sebanyak 745 kenderaan diperiksa serta 197 kenderaan dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here