Amerika kenakan tarif 19 peratus terhadap Malaysia

161

Malaysia dikenakan tarif 19 peratus berdasarkan perintah eksekutif yang ditandatangani Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, semalam.

Dokumen pelarasan lanjut kadar tarif timbal balas yang ditandatangani Trump bertarikh 31 Julai 2025 itu sudah dimuat naik di laman sesawang Rumah Putih.

Sebelum ini, Trump menetapkan kadar tarif 25 peratus terhadap Malaysia tetapi difahamkan, perbualan telefon antara beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mungkin antara faktor yang mendorong pengurangan tarif itu.

Negara-negara yang masih belum memeterai perjanjian perdagangan atau menerima notis tarif daripada pentadbiran Trump akan menerima makluman rasmi daripada AS selewat-lewatnya tengah malam Khamis, menurut kenyataan Rumah Putih

AS telah mencapai perjanjian baharu dengan Korea Selatan, termasuk tarif 15 peratus, pembelian tenaga bernilai USD100 bilion dan pelaburan USD350 bilion dalam industri AS.

Rundingan dengan China masih berjalan, dengan sasaran mengurangkan defisit perdagangan AS sebanyak USD5 bilion dan saluran komunikasi kekal terbuka.

Jurucakap Rumah Putih, Karoline Leavitt, berkata pasukan perdagangan AS bekerja tanpa henti untuk berhubung dengan sebanyak mungkin negara.

“Lebih 200 negara telah menghubungi pasukan perdagangan dan tarif kami. Kami utamakan rakan dagang utama, dan dua pertiga daripada 18 negara utama telah pun menandatangani perjanjian khas.

“Bagi negara yang belum menerima makluman, mereka akan terima surat atau perintah eksekutif sebelum tengah malam,” katanya.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here