
Lebih 6,500 peserta menyertai acara larian Toyota Start Your Impossible (SYI) Outrun (2025) edisi keempat yang menandakan komitmen Toyota sebagai syarikat mobiliti perintis dalam memperkasakan komuniti.
Acara larian tahunan tersebut berjaya mengumpul wang sebanyak RM200,000 buat Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) yang menyumbang kepada kesedaran kanser, penyelidikan, dan perkhidmatan pesakit.
Sejak 2020, Toyota telah mengumpul sumbangan lebih RM500,000 untuk NCSM.
“Mobiliti melangkaui kenderaan, ia adalah tentang menggerakkan manusia ke hadapan dalam setiap aspek,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Datuk K. Ravindran.
Pada acara berkenaan, buat pertama kalinya kategori Half Marathon 21KM diperkenalkan, di samping kategori 10KM dan 5KM sedia ada.
Acara itu menyaksikan penglibatan peserta dari pelbagai lapisan masyarakat, termasuk pesakit kanser, ahli keluarga, serta ahli kelab larian inklusif seperti Persatuan Anak Luar Biasa – Little Fighter Runners dan Bikeisable.
Selain larian, tapak acara turut dimeriahkan dengan mini “pestakasih kesihatan” yang menampilkan gerai interaktif, pemeriksaan kesihatan percuma, serta pameran kenderaan Toyota terkini termasuk model masa depan seperti bZ4X dan Mirai.
Pemenang 10KM dan 21KM membawa pulang wang tunai lebih RM138,000 dan hadiah cabutan bertuah bernilai lebih RM19,000 buat peserta.