
QJMOTOR Malaysia rasmi memperkenalkan sportbike QJMOTOR SRK250R pada harga kapcai iaitu RM9,988 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans).
Sudahpun berada di semua pengedar sah Mforce seluruh Malaysia, QJMOTOR SRK250R hadir dalam tiga pilihan warna badan iaitu merah, biru dan hitam.
Ia menggunakan enjin bersesaran 249cc DOHC silinder tunggal yang menghasilkan kuasa maksimum 20.5kW @ 9,500rpm dan tork 22.5Nm @ 7,250rpm bersama transmisi 6-kelajuan.
Berikut informasi ringkas tentang QJMOTOR SRK250R :
- Ia memiliki dimensi 2,010mm panjang, 770mm (lebar) dan 1,125mm (tinggi) serta
- jarak roda 1,360mm dan ketinggian pelana 780mm
- Jentera dengan berat badan 162kg ini dipadankan dengan tangki minyak bersaiz 12.5 liter
- Sistem suspensi terdiri daripada fork depan jenis teleskopik terbalik dan penyerap hentak monoshock boleh laras (belakang)
- Keupayaan menghentikan dan memperlahankan jentera diserahkan kepada brek cakera hidraulik bersaiz 300mm (depan) dan 240mm (belakang) bersama sistem ABS dwi saluran
- Ciri peralatan yang ditawarkan termasuklah panel meter digital warna penuh, sistem pencahayaan LED (lampu utama, belakang dan signal), lampu kecemasan, cermin depan statik dan slot pengecasan USB jenis A dan C
- Selain itu, ia dilengkapi dengan sambungan Bluetooth yang menyokong fungsi panggilan telefon dan panggilan WhatsApp secara dalam talian.
QJMOTOR SRK250R didatangkan dengan jaminan kilang selama dua tahun dengan jarak perbatuan tanpa had dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh Mforce Bike Holdings.