Omoda C9 PHEV bakal lancar tahun ini: Tork 915Nm, 0-100km/j hanya 4.9 saat!

13

Selain Jaecoo J5, OMODA I JAECOO Malaysia turut mengatakan bakal melancarkan satu lagi varian Omoda C9 menerusi model PHEV pada tahun ini. 

Ia juga sebuah PHEV terbaik dalam segmennya, yang mana model itu dilengkapi dengan rangkaian kuasa hibrid pasang masuk dengan tiga motor. 

SUV coupé kegunaan lasak mewah itu bakal dilengkapi enjin petrol bercas turbo 1.5-liter dengan tiga motor elektrik.

Ia menghasilkan output kuasa tergabung sehingga 605 PS dan tork 915 Nm di bawah keadaan optimum. Keupayaan ini membolehkan C9 PHEV memecut dari 0–100 km/j dalam masa hanya 4.9 saat. 

Dilengkapi dengan bateri Litium Besi Fostat (LFP) 34.46 kWh, SUV ini menyediakan julat EV tulen sehingga 150 km dan jumlah jarak perjalanan kira-kira 1,100km. 

Proses pengecasan disokong oleh pengecas pantas 70 kW DC, serta pengecas 6.6 kW dan 2.8 kW AC. 

Sistem hibrid baharu ini menggandingkan Transmisi Hibrid Terkhusus (DHT) 3-Kelajuan, yang dioptimumkan untuk kecekapan lancar dan tindak balas berkuasa. 

Kadar penggunaan minyak tergabung 1.7 liter/100km (WLTC) sememangnya sungguh cekap dan menjimatkan. 

Untuk meningkatkan kualiti pemanduan, SUV ini menyediakan sistem suspensi aktif Kawalan Peredaman Berterusan (CDC). 

Dilengkapi dengan lima sensor, sistem ini boleh melaraskan tindak balas suspensi sehingga 100 kali sesaat dan menyediakan tujuh mod pemanduan ditala khas untuk keadaan pemanduan di atas jalan raya dan jalan lasak. 

Ciri-ciri mewah yang disediakan termasuk Sistem Lampu Sampingan yang menyerlahkan garis bentuk luar, dan juga kerusi depan berpemanas dan berudara, menyerlahkan kuasa, kecanggihan dan keselesaan C9 PHEV.

Buat masa ini, tiada harga yang diumumkan. Ini menjadi sebuah kenderaan PHEV yang mampu milik!

Jika mahu melihat kenderaan ini lebih dekat, anda boleh datang ke Karnival OMODA I JAECOO di Desa ParkCity pada 21 sehingga 24 Ogos ini.

Keterangan lanjut tentang karnival ini, boleh baca di pautan artikel di bawah:

>> 3 perkara menarik menanti rakyat Malaysia hujung bulan ini

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here