Panglima Tentera Udara ketuai persembahan udara Hari Kebangsaan

13

Sambutan Hari Kebangsaan (2025) kali ini mencatat sejarah tersendiri apabila Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris akan terlibat dalam segmen persembahan udara dengan menerbangkan pesawat pejuang Su-30MKM.

Muhamad Norazlan bersama juruterbang dan anak kapal Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memulakan persiapan dan latihan penerbangan pada Rabu bagi menjayakan segmen persembahan udara sempena sambutan tahun ini di Dataran Putrajaya.

TUDM berkata, aset udara yang turut serta adalah daripada Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Tahun ini sebanyak 30 aset udara bakal menggegarkan ruang udara Putrajaya yang terdiri daripada pesawat pejuang, pesawat pengangkut dan helikopter daripada semua agensi.

Penglibatan Panglima Tentera Udara dalam persembahan udara ini mencerminkan semangat kepimpinan beliau untuk berada di barisan hadapan bersama perwiranya, sekaligus menjadi lambang kekuatan sebuah pasukan.
 
 
 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here