Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia naik sebanyak 3 sen masing-masing ditetapkan pada RM3.16 seliter dan RM2.88 seliter bagi tempoh 28 Ogos 2025 hingga 3 September 2025.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan memaklumkan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
MOF menjelaskan penetapan kadar itu dibuat berdasarkan harga runcit produk petroleum mingguan yang menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.
“Kerajaan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit minyak dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak serta menyokong kestabilan harga,” menurut kenyataan itu.
- Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 3 sen seliter iaitu daripada RM3.13 seliter kepada RM3.16 seliter
- Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter
- Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia naik sebanyak 3 sen seliter iaitu daripada RM2.85 seliter kepada RM2.88 seliter
- Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter