
Kereta Cepat Indonesia China (PT KCIC) merekodkan jumlah pelanggan antarabangsa seramai 528,000 dan pelancong Malaysia merupakan penyumbang terbesar sebanyak 43 peratus iaitu 225,000 orang.
Peningkatan ini boleh dilihat pada bulan September iaitu rakyat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan kereta api Whoosh boleh mencecah lebih 750 penumpang sehari, terutamanya ketika cuti hujung minggu yang panjang di kedua-dua negara.
Pengurus Besar Setiausaha Korporat KCIC, Eva Chairunisa berkata peningkatan pelancong Malaysia menunjukkan layanan Whoosh telah diakui selamat dan selesa bukan hanya oleh masyarakat Indonesia tetapi juga pelancong asing.

“Whoosh kini tidak hanya menjadi penghubung Jakarta–Bandung dengan waktu tempuh singkat, tetapi juga menjadi daya tarik pelancongan moden yang menjadi kebanggaan Indonesia.
“Kehadiran pelancong asing, terutama dari Malaysia memperkukuh peranan Whoosh dalam menyokong pelancongan dan memperkenalkan citra positif Indonesia di mata dunia,” katanya.
Statistik terkini juga menunjukkan bahawa jumlah pelancong asing ke Indonesia melonjak 13.01 peratus pada bulan Julai, dengan rakyat Malaysia menyumbang kira-kira 14.32 peratus.
ARTIKEL LAIN