Denza Malaysia serah D9 kepada MOT, bagi program ujian & penilaian

300

Sebagai sokongan kepada peralihan hijau Malaysia dan komitmen masa depan rendah karbon, Denza Malaysia menyerahkan MPV elektrik Denza D9 kepada Kementerian Pengangkutan (MOT).

Kenderaan itu diserahkan ketika Majlis Penyerahan Kenderaan EV kepada MOT yang merupakan langkah penting selari dengan Rancangan Mobiliti Rendah Karbon (LCMB) 2021-2030 kerajaan.

Kerjasama ini menggariskan strategi negara untuk menyahkarbon sektor pengangkutan darat.

“Kami berbesar hati untuk mempamerkan Denza D9 kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sebagai sebahagian daripada komitmen kami terhadap masa depan yang lebih hijau.

“Dengan menyerahkan Denza D9 kepada Kementerian Pengangkutan, kami menyokong perjalanan negara ke arah mobiliti mampan yang mana setiap inovasi membantu kita bergerak lebih dekat untuk menyejukkan bumi sebanyak 1°C,” katanya. 

Bagaimanapun, tidak diketahui berapa lamakah kenderaan itu diberikan untuk tujuan program ujian dan penilaian operasi untuk MOT menilai prestasi, praktikaliti serta kesediaan EV dan kenderaan hibrid dalam landskap pengangkutan Malaysia.

BYD Malaysia memperkenalkan Denza D9 ke pasaran tempatan pada Februari lalu menerusi dua pilihan varian iaitu Advance FWD pada harga RM259,000 dan Premium AWD (RM309,000).

Kedua-dua varian menggunakan bateri BYD Blade (LFP) dengan kapasiti 103.6kWh yang mana varian Advanced menawarkan jarak perbatuan 600km manakala Premium (580km).

ARTIKEL LAIN

Menteri Pengangkutan terima Zeekr 009

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here