Utama Berita Automotif Honda Beat tawar dua pilihan warna baharu, harga RM6,090

Honda Beat tawar dua pilihan warna baharu, harga RM6,090

16

Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan pilihan warna baharu hitam dan putih bagi skuter Honda Beat pada harga jualan RM6,090 seunit.

Warna baharu itu menawarkan pilihan tambahan buat peminat skuter tempatan di samping warna sedia ada iaitu perak kusam dan hijau.

Bakal tersedia di pusat jualan Honda IMPIAN X dan wakil jualan sah Honda bermula esok, Beat dijana oleh enjin 110cc Enhanced Smart Power (eSP) yang menghantar kuasa 6.5 kW @ 7,500 rpm dan tork 9.5 Nm @ 5,500 rpm ke roda belakang.

Skuter ini cekap tenaga dan mendapat pengiktirafan sebagai EEV (Kenderaan Cekap Tenaga) yang memberikan perbatuan yang lebih baik dan pelepasan karbon yang rendah, dengan penggunaan bahan api 1.7 liter setiap 100 km. 

Ciri-ciri utama yang ditawarkan Honda Beat :

  • Diperkukuhkan dengan Sistem Brek Gabungan (CBS) yang mengaktifkan kedua-dua brek hadapan dan belakang secara serentak untuk operasi membrek lebih lancar dan seimbang.
  • Ia juga disahkan dengan penarafan MyMAP 3-bintang. 
  • Skuter ini dilengkapi dengan pengecas kuasa untuk peranti, kotak utiliti 12 liter yang luas, cangkuk untuk menggantung barang, kunci brek parkir untuk kestabilan di permukaan tidak rata, dan pembuka pelana dengan akses satu sentuhan.
  • Lampu hadapan LED yang bergaya memberikan pencahayaan cerah untuk tunggangan malam yang lebih selesa.
  • Panel meter analog dan digital moden dengan indikator mod ECO dan bateri.

BSH menawarkan waranti pengilang selama dua tahun atau 20,000km, mana tiba dahulu. 

GALERI

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here